Monday 1 October 2012

Apam PolkadOt yaNg super hOt...


Assalammualaikum.. 
Alhamdulillah setelah lama aku perap blog nie arinie aku nak 'kembangkan' blog nie macam buat meringue tu biar ramai yang akan tahu kewujudan blog kedua aku nie.. hahaha cam over je ayat.. :p

Ahad lepas dengan tiba-tiba datang semangat rajin aku nek mengedOt apam yang cumel-cumel nie... Dia punya over rajin sampai 2 adunan aku buat.. huh! penat... My bff mintak resepi sebab dia kata my apam naik cantik..?? errr naik cantik ke.. aku rasa dia buat lagi better.. sO disebabkan aku malas nak taip resepi dekat fOn yang 'sOooo biG' tu aku buat la entry nie.. Sebelum tu aku nak tayang my apam's ( perlu ke ada 's' huhuhu )

Tada....!!!
Aku letak link my first blog... eh kenapa tak letak link blog yang nie?? erghhh silap.. >..<


Kaler tak berapa cantik.. Old skull... haha...

Suprise....!!!


Wow.. besarnya.. hahahha.. mau tidak.. cup habis yang ada cuma cup tok wat cupcake je.. bantai...!! malas nak pergi kedai..  =..=

Okey Nie resepinya.. ;

Bismillahhirrohmannirrahim...

Apam polkadot

275gm  Tepung gandum
220gm  Gula halus - aku kurangkan jadi 180gm ( manis sgt my mum say )
150ml  Susu segar
3tsp  Baking powder
3biji  Telur - dari peti ais
1tsp  Ovelette
1tsp  Esen Vanilla - Aku guna 1/2 tsp sebab bau terlampau kuat
Filling/perasa 
Pewarna yang di halalkan

Method
1.Pukul telur bersama esen vanilla dan ovellete sampai kembang anggaran dalam 3 minit.
2.Masukkan gula dan pukul lagi sampai kembang anggaran dalam 7 minit sampai warna jadi putih sesuci salju gitu.. ^_^ 
3.Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder ( ayak 2 kali untuk kedua2 bahan bercampur dengan elok) berselang-seli dengan susu...
4.Pastikan di mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga..
5.Biarkan adunan lebih kurang 30 minit,selepas itu boleh lah di bahagikan untuk di letakkan pewarna..
6. Masukkan adunan dalam paper cup separuh dan letak filling ... Paipkan lagi adunan sehingga 3/4 cup... Kemudian dot dot kan la ikut pilihan warna masing-masing..
7.Kukus 10-15 minit sampai masak..

Note : jangan guna api besar semasa mengukus.. guna api sederhana.. Di galakkan unutk membalut
penutup pengukus untuk mengelakkan air kukusan jatuh ke atas apam..

Itu saja dari saya.. tolong like my page dekat fb Teratak Usang ... Sapa yang nak order boleh pm saya di page itu.. thanks n enjOy !




No comments:

Post a Comment